Wednesday, May 20, 2009

pindah


Rasa cam nak pindah ke wordpress pulak lah.

Edited:

Eh eh da pindah pon. Hehe. So dengan rasminya saya telah berpindah ke wordpress. Sekian terima kasih. Tekantekan.


http://cikanum830.wordpress.com

huarghhhh

Killer legs? OK perasan. Tapi tak de la perasan sangat. Sebab ada orang cakap camtu. Kan kan kan? Hahaha. OK OK, yang pakai tight tu maksud saya. Bukan yang pakai gaun tu. Hakhak :P
SO pemakai gaun sila jangan perasan yeh. Rilek chill.

Macam bes plak nyakat budak baju gaun tu. Ni balas dendam dari untuk poster manggis aritu. Demit.

Lagi dan lagi

Tah ape2 la si sha keding ni tagged aku.


The Rules :

1. Copy badge "2009 Cute's 3logger Award" untuk diletakkan di blog anda.



2. Link/ceritakan kembali siapa yang memberikan award ini kepada anda.

This award is from sha kedingkoi

3. Setiap blogger mesti menyatakan 10 fakta/hobi diri sendiri sebelum memilih penerima award seterusnya (anda di-tag).

1) Surfing
- Bukan nye surfing kat ombak2 tu. Kalau surfing kat situ, da lama da aku ni tak duduk Malaysia ni. Dan tentunya aku da dikelilingi oleh mat2 saleh yang gagah berani. Aik? Nak berperang ke? Belom ape2 da merepek. Aku suke surf internet. Tapi takde la addicted (jeling fa). Hahaha. Aku akan surf apa saja yang terlintas kat kepala hotak ni. Selalu nya aku tak de rancang apa yang aku nak surf.

2) Kasut
- Aku memang gila kasut. Tapi sekarang ni akibat kemelesetan ekonomi, aku kuburkan sekejap hobi aku nih. Dok2 takde duit tapi masih shopping2 kasut, mau silap2 kena tibai ngan kasut tu. Kena paksa makan kasut plak kang. Ye la da takda duit nak makan, makan la kasut tu.

3) Kamera
- Aku belom pernah upgrade kamera 400D Canon aku nih. Ada sapa2 murah hati nak donate skit? Hihi. Aku memang suke kamera. Senang cerita aku suke fotografi. Aku tak pernah pon mimpi nak jadi photographer cam sekarang ni. Tapi.. keadaan memaksa. *ke udara lagu mak limah sayang*. OK tipu.

4) Beg
- Beg ni pon sama tempiasnya dengan kasut. Beg punya lah banyak. Tapi balek2 pakai yang sama jugak. Haihs. Tak paham la aku.

5) Blog-hopping
- Seharian kalau takde buat apa2.. habis semua blog yang boleh dibaca aku akan bace. Dari satu blog ke satu blog yang laen. Dari link ni ke link tu. Asal best aku bookmark. Dan tanpa sedar aku tak update blog aku. Ngee :D

6) Kememe
- Atau dalam erti kata laen, cengeng. Masih tak faham? Ah, pepandai korang lah.

7) Sukan
- Aku memang suka bersukan. Tapi disebabkan orang2 di sekeliling aku kurang minat bersukan, aku dah jadi macam diorang. Futsal, bola baling, bola jaring, bola tampar, badminton, basketball, eh semua la. Dan sekarang ni aku paling mahu main squash. Ok, bajet Dato' Nicole la? Takpe, pedulik. Nanti da gaji aku nak beli raket squash. Lepas tu every wiken pegi main kat Club Community Cyberjaya. *kamu, jom kita lawan squash. U know who you are!*

8) Pencuci muka
- Da habis. Belom sempat beli. Belom sempat ke takda duit? Sebab tu muka naek jerawat nih. Kesian lah bukan?

9) Gaji
- Gaji bulan 4 masih belom dapat. So, refer fakta no 8. Oi oi, nak gaji, nak beli pencuci muka! Sedehnye.

10) Makan
- Kawan2 kata aku makan banyak. Tapi keding jugak. Maafkanaku kawan2. Aku tidak bermaksud untuk berlagak kurus. Sebab sekarang aku pon da ada perut! Dem, aku da buncit. Suma gara2 tidak bersukan. *kamu, mari lekas bermain squash! eh lupa. kena beli raket dlu :D*

4. Anda perlu memilih 6 penerima award seterusnya dan menyatakan nama mereka di blog:.

dyana
jujus
nana
pangah
badd
tasha

Ha, ha! Jangan buat2 tak nampak. Tapik kang.

5. Jangan lupa untuk melawat blog mereka dan meninggalkan komen yang menyatakan:.

"anda telah di tag - sila layari blog saya untuk mendapatkan award anda"

SATU

Oh serius aku nak pegi sini. Ada sapa2 murah hati nak bagi aku tiket sebagai hadiah? Hiks. Anggap je hadiah birthday aku bulan 6 ni. Amacam? :))


Pada jam 3 petang akan berlangsung Konsert Eksklusif SATU Dato’ Siti Nurhaliza di Istana Budaya. Konsert solo ini akan berlangsung pada 26 - 28 Jun 2009. (Tiket: RM80, 120, 180, 250 & 300). Jom dapatkan tiket dengan segera…!

Tiket boleh didapati di: Istana Budaya, Triways Travel & Tours (KLCC & TTDI), Malaysia Travel Bureau, MTB (MATIC), Sri Amera Holiday Sdn Bhd (Level 1 Plaza Sentral, Shah Alam & Pasar Awam Precint16, Putrajaya), dan TicketCharge, 29-5, Signature Office Suite The Boulevard, Mid Valley City. - Budiey.com

Sesiapa rasa die minat Dato' Siti, mai la ramai2. Boleh jumpe2. Eh eh, kalau saya pegi la :D.

Wednesday, May 13, 2009

kawen lagik

Walaupon dalam mood sedeh, aku tetap post pic kawen. Kali ni member masa study Uitm dulu. Taro (Hairul Sahir) dan pasangannya, Su serta abang beliau Naszari dan pasangannya Adela. Majlis berlangsung di Felda Tenggaroh 2, Mersing. Aku photog rasmi untuk Taro. Member aku, Achmal photog rasmi abang beliau. Pic ni je yang aku rasa nak upload. CLS menjadi. Happy seketika.

yang terlewatkan


Selama ni aku memang tak pandai nak hayati lagu. Aku dengar lagu semata-mata melodi saja. Tapi masa aku dengar lagu ni, aku rasa laen. Tak tahu kenapa. Lirik lagu Sheila on 7 ni buat aku tersentuh.

ke mana kau selama ini
bidadari yang ku nanti
kenapa baru sekarang
kita dipertemukan

sesal takkan ada arti
karna semua tlah terjadi
kini kau tlah menjalani, du du du du du
sisa hidup dengannya

reff:
mungkin salahku melewatkanmu
tak mencarimu sepenuh hati
maafkan aku

kesalahanku melewatkanmu
hingga kau kini dengan yang lain
maafkan aku

jika berulang kembali
kau tak akan terlewati
segenap hati ku cari, du du du du du
dimana kau berada

repeat reff

walau ku terlambat
kau tetap yang terhebat
melihatmu, mendengarmu
kau lah yang terhebat

i need somebody.

Aku perlukan seseorang untuk mengadu. Dan aku tak pasti siapa orang itu. Tapi aku betol2 perlukan tempat untuk mengadu. Family? Tak mungkin. Sebab aku belom bersedia nak luahkan pada mereka. Kawan-kawan? Tapi siapa? Kekasih? Aku tak pasti.

Selang 5 minit menangis. Mata pon da naik bengkak. Aku pasti ramai rakan2 aku sedia nak dengar cerita aku. Tapi aku tak tau samada aku perlu cerita atau tak pada kamu.

Ada yang berusaha buat aku happy. Ajak aku tengok ikan (aquaria). Terima kasih atas ajakan kamu. Tapi aku tak sedia lagi untuk kembali happy. Terlalu banyak perkara yang bermain kat kepala aku sekarang nih. Kalau boleh aku nak cuti seberapa lama yang aku nak. Duduk berkurung di bilik. Tapi....